December 30, 2008
Mari Kita Renung - Renungkan...
Sesuatu untuk dikongsikan bersama-selamanya
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri....tetapi
dalam kita bersendiri.. .kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan
kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa
akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan
kita...
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.kita tidak memberi
dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti. ......... ..kerana kita juga ada janji yang tidak
ditepati.Kita beri beribu alasan 'memaksa' dia menerima alasan kita.
Waktu itu ,terfikirkan kita tentang perasaannya? ??Seperti kita,dia juga
tahu rasa kecewa...... ...tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai
seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan
ketakutan,harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak
rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga
seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa....bimbang, sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai
kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.Disebalik
senyumannya itu , mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak
tahu........ ...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
kita akan tahu.
RENUNGILAH.. ...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment