April 04, 2009

04.04.2009

Satu Cerita Yang Kian Bermula…


Mencipta kebahagian dalam rumahtangga ada pelbagai cara. Tidak kira apa pun yang kita lakukan, asalkan ia boleh memberikan rasa bahagia, rasa tenang dan rasa damai, itu sudah memadai.


Bagaimana pula untuk mencipta bahagia itu? Jawapan yang paling mudah adalah terimalah pasangan kita seadanya disamping terus menjalinkan hubungan baik bersama orang-orang yang disayangi pasangan.


Jika dia mempunyai sesuatu hobi yang benar-benar menarik minatnya, tidak salah untuk kita berkongsi minat tersebut atau sekurang-kurangnya memberi sokongan jika apa yang disukainya tidak menarik minat kita.


Dalam masa yang sama, komunikasi bersama pasangan harus sentiasa baik dan lancar. Jangan simpan rasa dendam dan marah di dalam hati. Di mulut kata suka dan tak kisah, tapi dalam hati penuh dengan kemarahan dan ketidaksetujuan.


Bersikap terbuka dan jujur. Jika hubungan terjalin dengan baik sudah pasti pasangansedia menerima.


Kemudian berdamailah…Hubungan akan bertambah erat dan harmoni selepas berlaku sebarang permasalahan yang akhirnya berjaya diselesaikan.


Sebab kebahagian, memang boleh di cipta jika kita sendiri yang mahukannya….

No comments: