Bermulanya alam persekolahan sekolah menengah yang penuh keseronokan dan kemenangan bagi ku. Berbekalkan rupa paras yang agak menarik, tubuh badan yang pasti mengiurkan setiap mata yang memandang aku mulai memainkan peranan ku sebagai a good player. Bukan aku yang memberi tapi mereka yang terhegeh-hegeh, ingin mendapatkan cinta yang tak pernah wujud dalam kamus hidup ku.
Kisah ku bermula dengan seorang lelaki yang bernama Ikhwan. Yang menyukai ku sejak dibangku sekolah rendah lagi, namun tak pernah ku endahkan. Hari-hari menyatakan kepada ku ’Aku mahu dikasihi’. Huh, geli dengan orang yang pandai bermain dengan kata-kata. Aku tahu Ikhwan teramat menyukai diriku hinggakan Ikhwan sanggup tidak menerima tawaran ke asrama penuh hanya untuk bersekolah bersama ku di sekolah harian biasa. Ikhwan seorang pelajar yang pandai dan merupakan ketua pengawas ketika di sekolah rendah manakala aku adalah pembantunya. Aku tahu Ikhwan ihklas menyangi aku tapi apakan daya tiada cinta dihati ini untuk menerima ia masuk untuk disayangai. Lama ia menderita dan kecewa hingga Ikhwan patah hati dengan mencari orang lain sebagai teman hati nya yang sepi. Aku tinggalkan Ikhwan kecewa.
Semasa ditingkatan 2, aku memang menjadi hot student di sekolah ku, ramai yang mencuba nasib tapi semua kecundang. Bermula pula detik perkenalan aku dengan Deris. Atlet yang terkenal disekolah ku, semua tergilakannya tapi tidak bagi aku. Aku dapat tahu Deris ni banyak sangat aweks..so apa lagi aku rasa tercabar dan dicabar. Dengan sengaja, aku merancang detik-detik untuk berlakunya pertemuan aku dengannya bersama beberapa orang lagi rakan yang memang sekepala dengan ku. Seperti yang dirancang, aku akan bertembung dengan nya ketika bertugas sebagai pengawas sekolah. Aku hanya memandang dia untuk beberapa saat dan dia seperti terpana dan mengerti apa yang aku fikirkan. Selang beberapa hari, aku mulai menerima helaian-demi helaian surat sebagai tanda salam perkenalan. Aku tersenyum kebanggaan.
Nampaknya, aku akan menang lagi. Surat demi surat aku terima, pemberian demi pemberian aku tolak, akhirnya Deris maluahkan rasa hatinya kepada ku, namun begitu tidak satu pun yang aku balas. Aku sampaikan pesan kepadanya, aku tidak mahu menerima madu dalam perhubungan ini, keesokan harinya, aku mendapat berita dari kawan ku Deris telah memutuskan hubungan dengan semua kekasihnya. Aku hanya diam dan membisu. Sampai satu saat, dia datang menuntut janji nya, aku hanya tergelak dan tersenyum..aku lemparkan Deris dengan kata-kata cacian dan hinaan. Akhirnya, aku tinggalkan Deris dengan kesakitan dan penghinaan.
Firdaus, satu nama yang akan membuatkan aku tersenyum. Firdaus seorang yang pendiam tetapi ligat di padang. Juga atlet bola sepak, hoki dan macam-macam lagi. Firdaus merupakan adik kepada Deris. Yang tiba-tiba menghulurkan salam perkenalan kepada ku. Aku terkejut tetapi, seperti kebiasaannya aku tidak akan melayan sesiapa pun yang berniat untuk memiliki ku. Lama Firdaus mengejar ku, tapi semakin dia mengejar, semakin jauh aku lari. Dia kecewa aku tidak memberi peluang kepadanya, kekecewaan jelas terpancar melalui redup pandangan matanya kepadaku, aku sedar....dan hanya satu kalimah yang akan membuatkan aku kembali kuat, memang lelaki patut rasa macam tu, mereka yang patut tanggung penderitaan ni, bukan aku! Aku tinggalkan Firdaus dengan cinta dan cita nya sendiri.
Semasa di tingkatan 3, satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan dan buang dari kotak memori ingatan ku. Dicky, Aizat, Ude, lagi siapa pun aku tak kenal dan tak ingat dah...bergaduh sesama sendiri nak dapatkan aku.. just go to hell la boys!
Bergaduh kerana perempuan, what a shame things that they had done. Aku tak tahu lah kenapa bodoh sangat diorang tu..hingga
Tiba-tiba kisah si Dicky menerpa masuk, mengetuk pintu otakku untuk memutar kembali memori di alam persekolahan dulu. Dicky melamarku untuk kali yang keberapa entahlah supaya menjadi aweknya, masakan aku akan terima sedangkan aku memang tiada perasaan terhadapnya?? Bodoh lah aku untuk menjadi hamba kepada kaum lelaki dengan menjatuhkan ego ku yang tinggi melangit? Ohh…tidak sama sekali. Balik dari sekolah hari itu, selepas dia meluahkan perasaannya terhadapku Dicky mengalami kecelakaan. Bukan salah aku, kenapa harus simpati??. 3 bulan dia terlantar di hospital dan telah hilang ingatan. Tapi, dalam pada ia hilang ingatan, dia hanya boleh ingat satu perkara. Aku? Dia hanya ingat pada aku yang menjadi punca dia kemalangan dan menjadi gila? Hah, bodohnya cinta itu. Aku mendapat tahu perihal Dicky melalui kawanya, datang memarahi aku yang menjadi punca Dicky jadi sedemikian. Aku terpana.
”Aku tak mintak dia buat ne semua. Aku tak suruh pun dia mati sebab aku!” Ego nya aku walaupun dijiwaku terpalit secubit rasa bersalah, namun perasaan ego mengatasi segalanya.
Aah..biar kan Dicky dengan dunianya yang sudah senget. Bercerita pula mengenai Safwan. Rakan sekelas ku semasa tingkatan 5. Orangnya kemas dan sentiasa berpewatakan menarik dan peramah. Aku tak tahu sejak bila Safwan menyimpan perasaan terhadapku, peduli apa aku dengan hati, jantung dan perasaan dia. Dia memulakan semuanya, mula diam-diam memerhatikan aku dari jauh, curi-curi megambil gambar ku dan sembunyi-sembunyi mengambil nombor telefon bimbit ku. Persetankan dia, dari awal pertama kali dia menghulurkan salam perkenalan aku sudah memberikan amaran keras, aku langsung takkan pernah memberi peluang kepadanya.
Degil, Safwan tetap berkeras. Tetap mahu mencuba nasib, malangnya Safwan juga kecundang. Pada hari aku mengikuti rombongan ke langkawi, dia memberanikan diri dengan meluahkan perasaannya buat kali kedua kepada ku melalui khidmat pesanan ringkas sms. Aku pun mulai memainkan peranan. Teruk nya kata-kata dan tohmahan demi tohmahan aku lemparkan kepadanya. Hingga satu saat, dia menalifon aku sambil menangis teresak-esak. Aah....kejamnya aku. Tapi aku ketepikan semua itu, yang penting dendam ku terbalas. Sekembalinya aku kesekolah pada keesokan harinya, aku dapati Safwan dah membotakkan kepalanya, tanpa segan silu dan perasaan bersalah, aku menyapa dengan lagak biasa, seperti tiada apa yang terjadi antara kami.
”Kau tahu ape yang terjadi, kau yang patut tahu dan mengerti” kata Safwan terus berlalu membiarkan aku terpinga-pinga sendirian.
Tiba-tiba Shrek, kawan baikku yang juga ada meyimpan perasaan terhadap Safwan menghampiri lantas menolakku hingga ku tersabdar di dinding makmal dan menceritakan segalanya. Aku terkedu. Safwan patah hati kerana aku menolak cinta nya dengan alasan yang tidak masuk akal dan tak munasabah. Nazarnya sekiranya tidak berjaya memiliki ku dia akan membotakkan kepalanya. Apakan daya ku, tiada cinta di hati ini untuk mu Safwan. Tidak lama kemudian, Safwan berhenti dari sekolah. Aku masih tak pasti kemana dia menghilang. Semoga kamu akan mendapat seseorang yang jauh lebih baik dan sempurna dari ku.
Alam persekolahan yang menyeronokkan dan penuh pancaroba. Diasrama, aku memang terkenal dengan perangai tomboy ku sehingga kan ada gadis-gadis yang mula tertarik kepadaku. Aah....masalah baru..Tapi, nasib baik aku kuatkan lagi iman yang senipis kulit bawang ini untuk mengelak semua rasa yang ada. Aku tahu diri aku, aku nekad menjauhi hubungan terlarang itu.
Walau rasa yang berlainan saat dipeluk dan dibelai kaum sejenisku. Yang mampu membuat jiwaku mati, kaku sendiri.
No comments:
Post a Comment