”Ibu tak akan ade kat rumah hari ni, duduk kat rumah tengok kan adik-adik ye.. Ibu pergi KL dengan ayah.” Tersentap darahku mendengar kalimah itu keluar dari mulut ibu. Pada usia 11 tahun, aku ditingglkan dirumah bersama abang dan adik-adik ku. Takut, gementar, rasa tidak selamat datang menerpa ke benakku. Kenapa ibu sanggup pergi tinggalkan kami, walau hanya untuk sehari dua namun segalanya mungkin terjadi.
Malam itu, hari bersejarah buat ku, sejarah yang telah menghitamkan segenap ruang hidupku yang beru hendak bermula. Tepat jam 8 malam, abangku menutup kesemua lampu, alasannya ingin tidur awal kerana esok hari persekolahan. Aku masih di sekolah rendah manakala abang ku bersekolah di sekolah menengah 5 km dari rumah ku. Aku menjerit minta di buka semula lampunya tetapi dia enggan. Aku diam dan berselimut katakutan, pada masa itu aku hanya mempunyai seorang adik lelaki manakala adik kecilku yang perempuan dibawa oleh ibu ku.
Dalam kedinginan malam yang sunyi, tiba-tiba ku terasa seperti seseorang sedang menghampiri ku, ku kenal tubuh itu. Aku cuba bangun tetapi di halang oleh tubuh sasa itu yang mula memelukku! Dia mula menghempap tubuh ku dan mula membuka sehelai demi sehelai pakaian yang ada itubuh ku. Aku menjerit tapi mulut ku ditutup menggunakan kain selimut. Durjana abang yang kejam dan tidak berhati manusia. Persetankan dia, aku ingin mati! Setelah membuka seluruh baju ku sehingga tiada seurat lagi benang yang tinggal tangannya mula merayap ke segenap pelosok tubuhku, aku menangis, menangis semahu-mahunya, aku menjerit sambil meronta-ronta.
Berbekalkan sedikit kekuatan yang ada, aku tolak dia sekuat-kuat nya hingga dia terpelanting ke dinding terus aku berlari keluar dari bilikku menuju ke bilik ibu ku. Aku terus mengunci pintu dan terus menangis hingga tertidur.
Apabila tersedar keesokan harinya, aku lantas bagun dan mandi terus aku bersiap-siap untuk pergi ke kelas tambahan disekolah ku. Semua kawan-kawan bertanyakan perihal mataku yang membengkak. Aku hanya diam dan membisu. Apabila tamat telas tambahan, aku mulai gelisah, kemana tempat haru ku tuju?? Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi bermalam di rumah kawan ku Suzilla, aku kemudian pulang kerumah untuk mengambil baju dan menukar pakaian.
Aku hanya berlajan kaki untuk berulang alik dari rumah ke sekolah kerana jarak rumahku kesekolah yang dekat, lagipun aku tidak pandai menunggang motorsikal dan aku tidak mahu abang ku yang menghantarku ke sekolah.
Untuk sampai kerumah, aku akan melalui jalan bertar semestinya namun hutan di kiri dan kanan jalan sudah menjadi panorama biasa bagi aku anak desa. Sedang aku berjalan sendirian, aku terasa seperti ada seseorang yang sedang berjalan di belakangku. Aku menoleh dan Ya Allah, insan itu sedang berjalan mengekoriku! Aku mempercepatkan langkahku, setapak demi setapak akhirnya aku berlari dia mula mengejarku. Aku berlari dan terus berlari tapi apakan daya oleh tubuh ku yang kecil yang sudah beberapa hari langsung tidak menjamah makanan ini untuk menandingi kudrat seorang lelaki yang sedang menganjak dewasa?? Aku kalah, tersungkur dalam pelukannya.
Dia mengheret aku masuk ke dalam semak belukar di tepi jalan. YA ALLAH.....bahana apa lagi yang aku akan tanggung Ya Allah….. Selamatkanlah hambaMu yang tidak berdaya ini..Aku merintih tapi tiada siapa yang akan mendengarnya. Aku lantas dibaringkan diatas tanah yang kering itu, dia mula menghempap tubuhku yang kerdil dan mula beraksi seperti mereka yang melakukan hubungan kelamin. Aku budak kecil yang bodoh dan masih belum tahu apa yang dia lakukan.
Mujur juga dia tidak menggila melakukan seperti keadaan sebenar kerana dia tidak membuka pakaian ku. Aku mulai menagis dan menjerit memanggil ibu ku, aku bersumpah sesungguh nya aku memang membenci dirinya. Apabila aku ugut ingin memberitahu ibu ku dia terus bangun dan mencekik leherku,
”Awas kalau kamu bagi tau ibu ye sayang, aku akan kerjakan kau sampai lumat!”. Mendengar kata-katanya yang begitu keras aku terus berlari menuju kerumah ku, sesampainya aku di rumah ku dapati ibu ku sudah pulang bersama beberapa orang saudara ku.
Aku menangis sambil memeluk ibu ku tapi langsung tidak diendahkan oleh ibu ku malah ibu terus bertanya abang ku di mana, aku tidak menjawab terus berlari masuk ke bilik. Aku menagis sepuas-puasnya. Kejam nya mereka kepada ku, tidak adilnya dunia ke atas diriku..
November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment