Berbalik kepada kisah hidupku,
di pertengahan semester 2 di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan,
aku mengenali seorang insan baru.
Namanya "PEREMPUAN". "Perempuan" mendapat nasib yang sama seperti mereka yang lain... "Perempuan" merupakan orang kedua yang ku benci selepas abangku.
Aku bagitu menyesali pertemuan sesaat itu. Di politeknik, "Perempuan" begitu dikenali lantaran sikapnya yang suka bertukar-tukar pasangan, "Perempuan" merupakan seorang pengkid! Aku mendapat cerita dari teman baik ku Ruby yang mana teman nya juga telah menjadi mangsanya.
Aku memulakan salam perkenalan. Kusangkakan hujan rupanya panas terik yang mendatang. Rupanya dia membalas salam perkenalan ku, buaya memang sedemikian. Bermula dari kawan biasa sehingga satu masa dia memulakan mempelawa aku menjalinkan perhubungan yang serius.
Ternyata tekaan ku tidak meleset walau seinci. Pada awalnya terdetik juga ingin memberikan komitmen, tapi aku sentiasa berwaspada, aku tidak akan terpedaya dengan perayu cinta sepertinya. Pada malam pertama aku dengan rasminya menjadi pasangannya, aku di kejutkan dengan satu berita. Terkejutku bukan kepalang.
K.aini iaitu yang di gembar-gemburkan sebagai kakak angkat kepada "Perempuan" adalah merupakan pasangan "Perempuan"! Mereka bercinta rupanya! Memang sedari awal aku dan Ruby telah mengesayaki perselingkuhan mereka. Malam itu juga aku meminta supaya "Perempuan" memutuskan hubungannya dengan ku, bukan dengan kakak nya itu, ini kerana aku tidak mahu k.aini terluka. Bodohnya dia, mungkin sudah terlalu kemaruk dengan cinta ku "Perempuan" membuat keputusa meninggalkan kakak angkatnya yang merangkap kekasih gelapnya di politeknik.
Mulai malam itu aku bertekat, aku akan sakiti dia sedalam-dalamnya! Tak kan ada cinta langsung baginya, yang tinggal cuma dendam yang membara. Aku mulai menjalani kehidupan di kampus seperti biasa. Aku mulai menguji kesetiaan "Perempuan", aku memintanya supaya setia, dia terlalau menurut perintah ku, aku benci situasi perhubungan yang sedemikian.
Seperti kerbau dicucuk hidung, mungkin ia digemari bagi segelintir manusia tapi tidak bagiku. Aku tahu tidak mungkin bagiku untuk hidup bersama dengannya. Dalam masa sebulan, "Perempuan" sepenuhnya menjadi milikku. Kerana ku dia meninggalkan semua kekasihnya, dan juga kerana ku dia mengabaikan keluarganya sendiri.
Kuteringat pada malam pertama aku tidur disebelahnya, hanya tidur biasa, dan dia bercerita mengenai kisah hidpnya. Aku menyoal, adakah dia pernah melakukan hubungan luar biasa dengan lelaki maksudku ’bersama’ ditempat tidur lah....Aku masih ingat jawapannya pada malam itu, ”Pernah, tapi sekali je” ??? Aku sekali lagi terpukul dengan jawapan jujurnya itu. Orang yang selama ini ku anggap ’bersih’ rupanya sudah ’disentuh’. Aku semakin mual dengan perangainya apabila dia mulai mencaritakan suasana ketika ia bersama dengan perempuan lain.
Dia menceritakan dengan lagak yang penuh bangga dengan apa yang telah dilakukannya! Setelah malam itu, aku menjadi semakin membenci dirinya, hajat untuk memberi peluang kepadanya sudah lama terkubur mati, yang tinggal cuma saat-saat pembalasan selagi dendam tidak berbalas.
Kenangan demi kenangan datang menerpa, kuteringat saat pertama kali "Perempuan" mengikut ku balik ke rumah. Aku langsung tidak mempelawanya, hanya dia yang teringin untuk mengenali keluargaku. Aku sangkakan niatnya hanya disitu rupanya dia mempunyai rancangan lain. Benar la kata pepatah, perempuan mempunyai sembilan nafsu tetapi memiliki hanya satu akal tetapi lelaki memiliki sembilan akal untuk mencapai satu nafsu. Baru kusedari dan mengerti maksud yang tersembunyi disebalik pepatah itu.
Pada malam hari itu, aku tidur seperti biasa, ku sangkakan dia juga telah tertidur namun sangkaan ku silap. Dia memberanikan diri mula bertindak. Aku kaget, namun aku tewas. Tewas dalam pelukannya. Dia menyentuhku!! Malam itu aku bersumpah dihadapannya, ”Aku tak kan maafkan "Perempuan" sampai bila-bila, aku x rela. Kenapa paksa aku??”, dia menagis melutut memohon maaf katanya tidak tahan dengan godaan ku. Padahal aku langsung tidak memberikan respon terhadapnya. Dia bersumpah akan setia kepada ku namun ku tahu hati ku tidak akan mungkin dimiliki olehnya.
Sebelum aku menerimanya sebagai pasangan ku aku pernah menyoal, ”Sanggup hidup dengan saya walau pun tanpa seks?? Kerana saya memang benci kan seks!!” dan jawapan yang diberi adalah ’sanggup lah’ tapi bodoh!!!! Aku begitu membenci dirinya.
Jika boleh ku undur masa, akan ku putarkan kembali waktu agar semuanya tidak akan terjadi. Akan ku atur semula percaturan hidup ku dengan lebih sempurna. Selama hampir 5 bulan "Perempuan" menjadi seperti orang suruhanku, segala perintahku ku dituruti tanpa sebarang bantahan.
Aku benci suasana ini. Aku sudah bosan! Aku sudah tidak mahu menipu diriku sendiri lagi, sejujurnya, langsung tiada secubit rasa kasih sayang di dalam hati untuk dirinya, yang ada hanya segunung dendam yang bersulamkan kebencian. Aku mulai mencari alasa untuk menjauhkan diriku. Aku sudah tidak tahan lagi untuk menipu minda ku yang mulai sakit dengan perangai dirinya.
Akhirnya, kutemukan jalan peyelesaian apabila "Perempuan" ingin mengikuti ibunya pergi ke Indonesia. Aku bertekat akan memutuskan hubungan sebaik sahaja dia berangkat ke Jakarta. Segalanya berjalan seperti yang dirancang, namun oleh kerana berlainan negara, kami langsung tidak boeh menggunakan telefon, hanyan dia yang kerap menalifonku menggunakan telefon di seberang sana dan semestinya jauh lebih mahal berkali ganda, rasakan biar dia asa apa yang aku rasa! Sekembalinya "Perempuan" ke Malaysia ku sambut dengan salam perpisahan.
Ternyata dia masih tidak mampu untuk kehilangan ku, puas dia merayu, puas dia memujukku, namun aku sudah tekad! Aku mahu penipuan ini berakhir! Aku mulai memikirkan tiada kesudahannya perhubungan atas dasar simpati dan dendam ini. Tambahan pula aku sudah mempunyai rancangan lain yang jauh lebih baik daripada terus bersama dengan orang sepertinya. Aku tinggalkan "Perempuan" kecewa, aku biar kan dia sendiri meratapi pemergianku. Aku tahu dia kecewa, setiap malam menalifonku dengan linangna air mata memujukku supaya kembali kepadanya, namun apakan daya ku, aku sudah lama kecewa dengan sikapnya.
Walaupun semua manusia di muka bumi ini sudah tiada, namun tidak mungkin bagiku untuk menerima dirinya semula! Akhirnya "Perempuan" juga kecundang. Aku tinggalkan "Perempuan" itu dengan kekecewaan dan penderitaan.
Aku mulai puas. Aku mulai bosan dengan cara hidupku. Mungkin juga kerana usia ku yang sudah menganjak dewasa. Entah kenapa dan entah mengapa..aku yang sebelum ini sentiasa selesa sendiri mulai merasakana kesepian yang amat sangat! Rasa ingin di kasihi dan rasa ingin di sayangi.
November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment