November 10, 2008

sesat...


People Like Us (PLU) satu laman web yang aku juampai ketika aku menjalani Latihan Industri di Poly ku. Apabila kebosanan tahap kritikal melanda benakku, aku dengan sengaja mencari apa istilah Pengkid?? Pencarian demi pencarian akhirnya menyesatkan aku didalam komuniti ini. Aku mulai aktif di dalam wetpaint , ramai juga yang menegur ku, Namur ku hanya layan seperti biasa kerana bagi ku hanya teman web, tak mungkin untuk aku berjumpa dengan mereka semua. Sesuatu yang tak mungkin dan mustahil.


Namur, tiada yang mustahil di muka bumi ini. Masa berjalan dan hari silih berganti. Di dalam wetpaint aku telah berkenalan dengan ramai kaum sejenisku. Mulai dengan perempuan sejati, lesbian, pengkid, serta kaun gay.


Ramai juga komuniti ini hidup di muka bumi ini. Baru ku sedar aku bukan lagi sendiri.

Antaranya :

- " Y " iaitu owner kepada laman web tersebut

- " MP " yang akan membuat ku tergelak, aku ingatkan pengkid rupa-rupanya gay

- " S " golongan gp yang pertama yang ku kenali

- " B " hurm…aku mempunyai sejuta kisah mengenainya

- " G " iaitu pasangan kepada " B "

- " C " yang ayu, yang membuatkan aku senang berkawan dengan nya

- Ahh....ramai lagi, aku Cuma senaraikan segelintir deripada mereka.


Tapi mereka semua tidak lebih dari seorang kawan bagi ku. Aku mulai berkawan rapat dengan " B ". " B " berusia jauh lebih tua dariku. Berusia 27 tahun bukanlah satu penghalang untuk aku bertukar-tukar cerita dengannya.


Dalam kerancakan aku melayari dunia wetpaint, aku mulai tertarik dengan seseorang. Kenali dia sebagai " R ". Aku mengaku, pertama kali melihat profil nya aku merasakan satu perasaan yang ganji menylinap masuk kedalam jiwaku. Entah apakah perasaan itu dan entah mengapakah perasaan itu lahir tanpa ku undang.


aku berada di awang - awangan....

No comments: