”Ibu, nak duduk asrama, tak nak duduk kat rumah lagi” kata ku merayu supaya ditempatkan di asrama apabila aku menganjak usia 12 tahun.
”Tak payah la ibu, dia tu budak lagi, tinggal kat rumah je. Boleh berulang naik motor dengan abang, lagipun kita satu sekolah nanti kan” suara itu datang menerpa.
Abang merupakan nama timangan baginya sejak kecil lagi. Aku menjeling kearahnya. Pandangan dengan penuh dendam dan benci. Aku mahu dia mati! Mati dalam kesiksaan, kalau lah aku punyai kekuatan, dan kalaulah aku mempunyai alasan, ingin saja ku bunuh makhluk yang tidak berperikemanusiaan itu, ingin saja ku cincang-cincang badannya lalu di berikan kepada anjing untuk dimakan.
Keesokkan harinya, aku bersama ibu dan ayah pergi mendaftar kesekolah baru. Malangnya, aku tidak mendapat tempat di asrama. Aku takut semua nya berulang lagi. Aku tak mahu lagi tinggal sebumbung dengan makhluk perosak itu! Aku balik ke rumah dengan perasaan yang hampa yang menggunung tingginya, hajat ku untuk pergi jauh dari mereka tergendala. Sepanjang perjalanan aku berdoa, semoga aku diberkati, dilindungi dari syaitan yang bertopengkan manusia!
Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha berkuasa, asrama yang semalam nya penuh tiba-tiba ada kekosongan. Pihak sekolah menelefon kerumah aku sambut dengan kegembiraan dan penuh kesyukuran.
Hari itu juga aku meminta supaya ibu dan ayah menghantar aku masuk serta mendaftar ke asrama bimbang tempat itu diisi oleh orang lain.
Syukur Ya Allah kerana mendengar rintihan hati kecil ku ini..Amin......
Semoga aku diberkati...
No comments:
Post a Comment