”Bob suka kat kamu” kata Zaidah, teman rapat yang begitu sekepala dengan ku. Bob pulak?? Ha, masalah lagi.
Biar aku perkenalkan..Bob adalah buah hati kesayangan pengarang jantung Zaidah, teman ku. Mana munngkin aku permainkan buah hati teman baikku sendiri. Aku memang perasan setiap kali menemani Zaidah berdating, si dia kerap menjeling dan menghampiriku. Aku sering kali mengelak apabila diminta teman oleh Zaidah sebab aku tahu masalah ini akan meletup seperti lava gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk diletuskan. Masalah semakin serius apabila Bob mulai berani menghubungi ku dan berani topup untuk ku apabila ku memberikan alasan tiada kredit kepadanya.
Bob mulai kerap menelefon ku pada malam hari. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, aku menceritakan hal sebenar kepada teman ku Zaidah. Mujurlah dia seseorang yang begitu memahami. Bila Bob call malam hari, aku siap membuka loudspeaker supaya boleh didengari oleh segenap manusia diasrama. Lama-kelamaan, aku mulai muak dengan perangai orang yang sedemikian, aku nasihatkan Zaidah supaya tidak lagi mengharap pada Bob kerana pada pendapat aku, Bob bukan lah seorang yang baik. Masakan kawan kepada awek sendiri pun nak goda. Aah...lelaki, tak pernah cukup dengan nikmat dan kurniaan yang telah dianugerahkan. Mujur juga Zaidah mendengar nasihatku. Mencari pasangan baru bukan satu masalah bagi Zaidah kerana dia memang pandai menggoda dan melayan.
Lama Bob mengejarku, seingatku sehingga lah aku belajar di Politeknik. Dia tak jemu memasukkan topup untuk ku pada setiap minggu. Bayangkan untuk setiap minggu? Buta hanya kerana cinta yang tak berbalas. Setelah ditinggalkan oleh Zaidah, Bob semakin terang terangan mencuba nasib untuk melamar aku sebagai teman hidupnya. Dia menghantar rombongan untuk meminangku dan mengajak aku untuk berkahwin. Gila! Mana mungkin aku menerima tawaranya. Aku patahkan semangatnya untuk hidup. Terus terang adalah cara ku. Aku menolak bisikkan cintanya buat kesekian kalinya. Aku tegaskan yang aku tak mungkin menerima nya dan minta supaya berhenti jadi bodoh dengan merayu aku yang sememangnya tak akan menerima kehadiran lelaki dalam kamus hidup ku.
Kekecewaan...hanya itu yang mampu aku hadiahkan. Dan kini, aku berjaya menjadikan Bob seorang penagih dadah yang berjaya, yang hanya menunggu ajal datang menjemputnya. Bob yang sebelum ini sudah mempunyai hidup yang cukup sempurna dihancurkan olehku dengan sekelip mata.
Indah nya permainan dunia kerana wanita itu sering dianggap seperti hiasan cuma..
November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment