Kisah hidup ku kini. Aku tertarik dengan cara nya, gaya nya dan sikap nya. Segala - gala tentang dirinya mampu membuat ku kembali tersenyum. Aku menghulurkan salam perkenalan kepadanya. Entah mengapa aku pun tak mengerti, aku mendapatkan nombor telefonnya di internet. Mesti jual nombor telefon la ni, fikir ku. Pada awal nya aku sekadar mahu berkawan, namun aku terasa seperti terdapat satu perasaan yang memberontak untuk lebih mengenalinya.
Pada awal perkenalan aku dengan nya, ia berjalan dengan lancar. Aku sering menghubungi nya pada malam hari walau pun pada saat dan ketika itu kami Cuma sekadar kawan biasa. Aku cuma merasa terhibur dengan segala celotehnya, suara nya yang membuatkan aku tak lena tidur...Selang beberapa ketika dia menghilangkan diri. Aku cukup merasakan kehilangannya. Aku merasa sepi dan sendiri. Aku cuba untuk menidakkan rasa ini tetapi semuaya hampa. Walau pun pada masa itu hubungan aku dan " perempuan ku " belum lagi tamat sedangkan keretakan jelas terancar sejak dari awal lagi.
Setelah beberapa bulan menghilang, dia tiba-tiba muncul kembali. Muncul bagaikan membawa satu sinar baru dalam hidupku. Hidupku yang dulu sepi terasa kembali bernyawa. Masih segar dalam ingatan ku, pada malam itu Papa melamar ku. Namun aku masih keliru dengan kejujurannya. Setelah membuat keputusan untuk meninggalkan " perempuan ku " untuk aku menerima lamaran papa untuk mengikat janji untuk setia bersamanya.
Aku begitu teruja untuk hidup bersamanya. Entah perasaan apa yang menghasutku supaya membuka pintu hati ini untuk di miliki olehnya. Aku sangat berharap pada perhubungan ini. Setelah satu bulan kami bercinta dengan hubungan suara sahaja aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan papa.
Perasaan gementar dan berdebar-debar meruntun jiwa yang sedang kemaruk bercinta. Alangkah indah nya alam percintaan rupanya. 13 Januari 2008 merupakan tarikh keramat dan amat bermakna buat diriku. Buat pertama kalinya aku bertemu dengan orang yang selama ini aku gilai, orang yang selama ini membuat aku gila dengan sikap nya dan cara nya yang saban hari menyulam janji untuk hidup bersama didalam mahligai impian yang di bina.
Pertama kali aku menatap wajah nya......jantung ku berdegup pantas dan amat payah sekali. Terdetik di hati ini untuk terus berlari dan mendakap nya namun perasaan dan ego ku mengatasi segalanya. Pada hari yang sama juga aku telah bertemu dengan "G", "B", "Ro", "Ri" dan "I". Perkenalan sejenak yang akhirnya meng akibatkan pertelingkahan sehingga sekarang kini.
Papa......
orang nya kelakar dan pandai membuat aku tertawa dengan setiap tingkah nya, aku tertawan dengan orang nya yang sopan dan manis tutur katanya yang membuatkan aku hanyut di dalam duniaku sendiri. Pandai mengambil hati dan menjaga perasaan ku seadanya dia. Sesungguhnya, aku amat menyayangi dirinya...
No comments:
Post a Comment