Sejak peristiwa itu, aku mulai berubah. Aku yang sebelum ini seorang yang periang dan peramah menjadi pendiam dan pemarah. Aku pernah mengamuk disekolah dengan mencampak kerusi ke seorang kawan ku sehingga pecah kerusi dan kepalanya. Akibatnya aku di panggil ke dalam bilik guru besar dan di beri kaunseling, ahh....persetankan itu semua! Yang penting hati aku puas.
Mulai hari bersejarah itu, aku bakar semua baju kurung ku. Aku tak mahu lagi jadi perempuan yang lemah, tak berdaya melakukan apa pun. Aku tekat akan membenci lelaki dalam seluruh hidupku. Ku akui, memang sejak azali lagi aku sudah tiada nafsu untuk mempunyai semangat dan hidup bersama lelaki. Aku tak kan puas selagi dendam ku tak terbalas. Aku akan pastikan ramai lelaki yang kecewa disebabkan olehku.
Aku bangun bersama azam baru yang menggila. Aku botakkan kepala, aku mulai berpewatakan kasar dengan memakai pakaian yang bersaiz besar dan berjenama lelaki. Dari semua aspek dan segenap inci hidup ku berubah. Aku bukan lagi anak manis yang manja dan lemah, aku menjadi kasar dan jiwa ku memberontak!
November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment