November 10, 2008

bermula sebuah kisah


“Awak suke makan roti, tapi saya tak suka makan roti, saya suke makan nasi tapi awak tak suka makan nasi…awak comel dan saya hensem, kite memang pasangan yang sepadan, ape kate awak couple ngan saye je lah..” kata-kata yang akhirnya menjerat aku dalam alam percintaan yang tidak bertepian.


Kenali aku sebagai ANDALUSIA yang sedang mencari dan masih mencari kemana hilangnya identiti diri. Aku yang sentiasa berselindung disebalik kewujudan aku. Umur ku baru mencecah 20 tahun, namun begitu pengalaman dan pahit getir hidup memaksa aku menjadi matang sebelum usia menganjak dewasa.


Lahir di dalam keluarga yang sederhana tidak mematahkan semangat ku untuk meneruskan hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba dek perangai dan keletah manusia yang kian alpa sebagai hambaNya yang kerdil menumpang di dalam alam semesta.


Keluarga?? Apa maksudnya keluarga andai penuh dosa dan noda?? Aku tak menyesal dan mengeluh kerana dilahirkan dalam komuniti ini…tapi apa yang aku kesalkan adalah kemana hilangnya batas-batas agama yang akan membezakan antara Islam kah aku, kafirkah aku?? Terlalu kerdil hadir diriku..


Aku mempunyai seorang ibu yang pemarah, seorang ayah yang entahlah, seorang kakak yang telah berkahwin dengan seorang muallaf dan dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang abang yang durjana serta seorang adik perempuan dan tiga orang adik laki-laki. Cukup lengkap keluarga ku berbanding mereka yang hanya tinggal sebatang kara.


Keluarga...Aku benci mendengarnya. Jika tidak, aku tak kan jadi macam ne..

No comments: